Sunday 10 June 2012

Pesan Dari Seorang Sahabat (3 Surah 3 Kekuatan)

Assalamualaikum,Hai 1 Malaysia....(amboiii)

Alhamdulillah, segala persiapan di hostel sudah siap di kemas sepenuhnya. Sekarang hanya bersedia untuk memulakan sem baru pada minggu hadapan. Semoga di permudahkan oleh-Nya. Amin.Walaupun sedikit penat kemas baju 2jam tnpa henti (kuikuikuiku).. tp rasa lain sikit bila berjauhan dengan keluarga ni lagi2 pada sem bru ni mb pra-Senior Sem kot, rse matang skit kot......cewahhh bak ang larrr,hahahaa......



Baiklah tujuan entry pada kali ni, ingin berkongsi sedikit amalan yang perlu di amalkan...InsyAllah sekiranya niat baik,akan dipermudahkan. Ini pun copy dan paste sahaja rasanya ini adalah perkara baik yang dapat di dikongsikan untuk sahabat2 saya dan juga saudara sesama umat Islam saya...

Meyh Baca Meyh :

Bismillah Ir-Rahman Ir-Rahim.

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau ;
 
"Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. "


Yang Keduanya ; 
"Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. 

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. "

Dan Yang Ketiganya pula ;
"Surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik."
 Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 
'untukmu agamamu, untukku agamaku'
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. 


Pertama, kekuatan minda

"Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. "

Kedua, kekuatan hati

"Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik... "

Ketiga, kuat fizikal

"Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang,katanya "

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.  
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. 


Iqra'.....!
 Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... Recite 3x : 
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya"  
Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah. 
Wassalam .


p.s : Alhamdulillah, semoga dapat berMuhasabah diri bersama2 turut sama pesanan buat saya yang sedang menaip ini :) amin.
-Assalamualaikum-

Friday 8 June 2012

..iLoVeu Ayah & Emak..

Assalamualaikum...Hai 1 Malaysia....

Alhamdulillah, sebentar td secara rasminya saya akan mjd penghuni hostel kolej saya dengan bertemankan Mak & Ayah saya, saya menghantarkan brang dan juga membuat pembayaran lar kan, tak kan nk duduk free..hahahaa....

Cerita tentang pembayaran........
Pembayaran? Mestilah mengunakan duit.Selalu dgr stmnt "duit tak penting" ttp dunia kini semua bermain dengan duit. Masuk tandas pun guna duit tauuuu.......ade kekadang sekali masukkk RM2 tauuuuuu......tp msuk tak smpai pun 10minit. Dasyat sungguh.

Bagi saya yg masih memegang status pelajar ni, lagi lar mak aiii......duit keluar mcm ayaq jew....
Memang ade pnjaman apa semua tetapi pinjaman semua tu idok ler cukup mane, membantu takat tu je. Mau xmau, Mak Ayah juga lar yg akan membantu.
Bila kenang balik, Ayah saya kini yg udah pencen. Hanya mengharapkan duit pencen shj membantu pembelajaran saya tetapi Alhamdulillah, saya beruntung kerana saya adalah anak bongsu jadi hanya saya msih di tggjwb mak ayah saya.
Tetapi...itu semua bkn alasan utk saya menyusahkan mereka. Kadang2 tu berat mulut utk mintak duit bg membuat pembayaran. Kalau lah saya mampu membuat kerja smbil belajar, dpt saya meringankan beban mereka. 
Kini saya berikrar, hanya dengan membalas jasa mereka dpt saya puaskan hati saya untuk mengembirakan kdua2 ibubapa saya. Waalaupun kedegilan, kenakalan, dan kemalasan saya....tp jauh di sudut hati saya, saya tidak mahu membebankan mereka.

"Ya Allah, kau panjangkan lah usia ibubapa ku agar aku dapat membalas jasa mereka Ya Allah. Sihatkan lah tubuh badan mereka agar aku dapat menerima kasih sayang dari mereka lagi Ya Allah, belum puas rasanya ku menikmati kasih sayang mereka Ya Allah. Kau berkatilah kehidupan kami sekeluarga. Amin."


Sesungguhnya aku bersyukur terhadap anugerah yg telah diberikan oleh Mu Ya Allah. Rakan2 blogger mahupun rakan2 semua....bacakan Al-Fatihah buat kedua ibubapa kita yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia agar mereka lebih aman dan diberkati dunia dan akhirat.Ingat ye doa-doa anak yang soleh akan menjadi bekalan di akhirat kelak.

Ayah ku & Emak ku yang Tercinta :')
..iloveu Ayah Emak..
Sekiranya usiaku tidak panjang hanya karya ku di blog ini dapat ku luahkan buat kedua Mak & Ayah aku betapa aku sayangkan mereka. Banyak silap yang tlh ku lakukan ttp marah2 mereka, mereka tidak pernah mengabaikan tggjwb mereka. Walau mereka tidak pernah katakan sayang pada aku ttp aku tahu jauh sudut hati mereka, mereka sayang akan aku dan juga kakak2 ku yang lain. Aku bersyukur Ya Allah atas kurnia mu. Aku sentiasa mendoakan kebahagian mereka. Ku mohon agar Kau panjangkanlah usia kami Ya Allah akan tetapi aku akur atas takdir yg telah ditetapkan oleh-Mu. Amin. 

Andai sautu hari nanti ia berlaku, aku menanti mereka di sana...................

Tuesday 5 June 2012

Asam Garam Persahabatan

Assalamualaikum...Hai 1 Malaysia...

Alhamdulilah,segala urusan tentang daftar semester baru berjalan dengan lancar pada 4 Jun 2012. Walaupun ada sedikit dugaan tetapi dapat di atasi. Alhamdulilah. Tinggal kini masih mencari rumah sewa yg masih belum dapat lagi. InsyAllah segala urusan akan di selesai pada minggu ini juga dengan izin-Nya.amin :)

Para blogger2 sekalian, entry saya pada kali ini terlintas di fikiran seketikanya saya mendaftar subjek sebentar tadi tetapi entry kali ini tidak lah dituju kepada sesiapa. Andai kata sesiapa yg terasa maafkanlah saya ini hanya satu kebetulan dan sekira berlaku kekurangan datangnya dari saya. Pendapat yang akan dilontarkan sebentar nanti adalah secara umum dan hanya pendapat saya semata2.



OK Sahabat ! Apa itu erti persahabatan yang sebenarnya ye? Saya juga masih mencari - cari erti persahabatan yang sebenar tetapi mengikut daripada pengalaman hidup saya selama 20 tahun berkecimpung dalam dunia persahabatan ini terlalu banyak ragam yang saya lihat dari setiap sahabat saya..(saya pun ada ragam sy sendiri..hehee).. 

Kadangkala dalam persahabatan ini pasti ada sifat cemburunya. Percayalah, manusia tidak pernah lari dari kepuasaan sesuatu benda. Jadi, apabila melihat kelebihan yang ada dari Sahabat kita menjadikan sifat cemburu itu datang dengan sendiri. Saya akui kadang2 saya juga mengalami persaan tersebut tetapi saya akur dan bersyukur dengan apa yang telah di anugerahkan dan rezeki setiap orang pasti ada.

Ada juga sesetengah mereka ini yang bersahabat semata-mata untuk mengambil kesempatan atas kelebihan seseorang itu. Ini adalah satu sikap yang tidak patut kita amalkan. Kenapa kita perlu susahkan orang lain sedangkan kita bolah melakukan benda itu dengan sediri? ye idok? Kalau sahabat kita boleh melakukan perkara tersebut, yakin pada diri dan buktikan yang kita mampu melakukanya juga. Tiada apa yang mustahil di dunia ini.


"Bagaikan Kacang Lupakan Kulit"....haa, ini kes kerap berlaku seperti dailog di bawah ini;
Sahabat Kacang : Mah kau boleh tolong aku tak? Assgmnt aku tak siap lagi, bnd nk kena hantar lusa..kau kawan aku kan??
Sahabat Sejati : Mcm mane aku nk tlg? xpe aku akan cuba utk bantu kau, kau jangan rsau ok :)
Sahabat Kacang : Mcm ni la kwn aku dunia akhirat..........

______________________________________
Sahabat Sejati : Polan, kau kat mana kau boleh tlg aku tak?
Sahabat Kacang : Aku kat dorm ini, apahal?
Sahabat Sejati : Aku nak mintak tolong kau hantarkan aku kat stesen bus bole x? emergency aku kena balik kg.
Sahabat Kacang : Alamak ko lambat la Mah, aku ada hal lain ini. Aku da deal ngan GF/BF aku ni, ko mintak tlg org lain larrr...ok lar weii,aku cau dlu...........

Dalam persahabatan perkara seperti ini kerap berlaku, kenapa ye? "kamonn" la sahabat..jangan amalkan sikap mcm ini,xmau xmau xmau...Kita ini manusia kenapa kita perlu ikut dengan sifat kacang yang tidak menghirup udara oksigen itu? Masa susah kita mengaku mereka "Sahabat Dunia Akhirat" tetapi apabila sahabat dunia akhirat itu minta pertolongan, kita mengibaratkan mereka seperti kulit yang setelah di makan isinya dengan rasa enak kita buang kulitnya mengiku suka hati...


Ada juga terdapat Sahabat yang memandang rendah kemampuan sahabat sendiri. Mereka merasakan hanya diri mereka yang hebat. Mungkin sahabat kita itu mempunyai kekurangan mereka tetapi ingatlah wahai sahabat2 ku...kita ini hidup tidak selalunya di atas,dunia ini ibarat roda sekira pusingan tersebut meletakan kita berada di atas suatu hari nanti kita pasti akan berada di bawah. Jadi kenapa kita perlu pandang rendah sesama sendiri. Tuhan Maha Adil, setiap umatnya pasti ada kelebihan dan kekurangan, darjat sesama manusia adalah sama..yang membezakan amalan yang dilakukan....
Jadi ini lah 4 Asam Garam Persahabatan yang dapat saya utarakan. Saya pasti tidak semua dalam hubungan persahabatan seperti apa pandangan saya ini dan saya yakin semuanya dapat di ubah dengan muhasabah diri  sendiri. Setiap malam sebelum tidur kita kenang kembali apa yang dilakukan pada hari ini. Sekiranya, ada perselisihan faham, ungkapkan kata maaf, rendahkan ego pada diri walaupun bkn dari silap kita, pasti kita akan di redhai Allah.
Apa yang di karangkan saya ini juga adalah untuk muhasabah diri saya sendiri. Sekiaranya ada sahabat saya yg terbaca entry saya ini, ada pernah silap, yang pernah saya sakiti tnpa sedari dan dalam kesedaran juga maafkanlah saya. Saya hanya insan biasa yang kerap melakukan kesilapan dan diri saya ini masih dalam proses untuk berubah ke jalan yang di redhai Allah.

ASAM GARAM SAHABAT-SAHABAT SAYA
Mari lah bersama-sama sahabat kita cuba Muhasabah diri kita sendiri.
InsyAllah hidup kita akan lebih tenang sekiranya di redhai Allah s.w.t

-Assalamualaikum-

Friday 1 June 2012

Minggu Terakhir sebagai Penganggur

Assalamualaikum...Hai 1 Dunia..

sekian kalinya la pun saya berkarya pada petang Jumaat bersamaan 11 Rejab 1433H iaitu 1 Jun 2012..
walaupun cuaca agak sedikit bahang TETAPI TIDAKKKK MENGHALANG SAYAAA BERKARYA DI LAMAN SESAWANG INI!! (semangat sikit....ayaq liur da telan 24kali da ni....)

semangat tiba2 datang nk wat entry baru dalam cuaca bahang ni terlintas bila terpikirkan minggu ini menjadi minggu terakhir utk semester break kali ini. so we must start our new chapter new spirit as a new senior (ouh my english!).....





saya akan rindukan keluarga saya :'(
tiba2 terasa berat untuk tinggalkan rumah stlh nk dkat 2bln bercuti. pada awal break mula, terasa amat bosan dan berpetak gyler dok umah ni..xabis2 "mak bila nk start bljar ni,bosannyer dok umah nk keje cuti 2bulan je"..mak hnya jwb "krohhhh...."hahahaa....



tp bila da semakin dkat utk mula sem baru, hati pula tiba terasa sayup semacam dua macam pula (ALAMAK!!) barangkali agak lama cuti duduk umah bersama keluarga, mak saya masak setiap hari, keluar dengan mereka malam pergi karaoke dkat Monroods bila time bosan dan menjdi bertmbah sayup pada sem baru ni saya akan duduk RUMAH SEWA (Ouh My GOD!)..mne tak rse sayupkan? walaupun dekat tp xsama...(hati sebak tiba2)..
apa boleh buat ini adalah sbhgian jihad saya utk bekalan di akhirat kelak,insyAllah. segala pengorbanan ni perlu saya teruskan utk mencapai kejayaan di masa hadapan dan paling penting adalah tggjwb saya sbgai anak dgn dapat membalas jasa kedua ibu bapa saya dan kluarga saya yg byk berkorban utk saya sehingga sekarang. saya tak akan menghampakan mereka, insyAllah.
BAB RUMAH SEWA
pada awal sem dulu ada juga dok umah sewa tp mse tu mmg excited sgt sbb sbnrnyer sy ni xpernah berjauhan dgn kluarga. jd mse awal sem tu konon nk berdikari la sgt tp sbnrnyer nk merasa berjauhan ngan keluarga dan mendapat sedikit kebebasan dan Alhamdulilah sy pndai menjaga diri saya. agak jauh jgak la perjlnan mse tggl hostel tu...(kuikuikuikui...P&C)...

tp skang ni bila ayah ckp "adk ko kena duduk hostel, aku tak dapat nak hntar ko selalu sbb aku dpt keje" (perbualan kami anak beranak meme kasar^^)..mle2 mcm "yes!dpt dok luar" tp bila pk blik dgn deposit yg mhal sewa setiap bulan,ermm...kalo bole xmau bebankn mereka lg dan kalo bole nk ulang alik je sbb rumah dan tmpt beljar agak dkat juge tp apakan daya sy yg insan lemah makan meggi ini xde pangangkutan lg jd sy terpksa akur juga..

tiba - tiba hp vibrate *buzzzzz*buzzzz*buzzzz..(pdhal da 2 kali miskol, 1msg..syok tgk Aku Tak Bodoh)
kali ketiga terangkat no tak dikenali tiba2 "Aida ade umah sewa tp kat sekian dan sekian deposit rm370 sbln rm160"....*ouhhh,Cik Siti NurAin rupenyerrr...."ok2 nnt aku cnfirmkan,mak ayah aku xde umah ni.jp lg)

setibanya ayah dan mak saya pulang, mulalah perbincangannyer pun..


jd bincang punyer bincang dgn my ayah n my mak..mereka izikan tetapi pd mulanya ayah sy agak keberatan krn persekitaran Rumah Sewa ye bukan Hostel agak "Black Area" sikit tp sy dpt yakin kan ayah sy "jgn rsau adik tau jge diri,deposit pun murah sewa bulanan pun murah kalo hostel mahal ayah"...ayah lelap sat dalam 20minit mcm tu kot tiba2 "kau nak sewa,sewa lar...jge diri kau nanti"


Alhamdulilah, bkn xmau dgr kate ayah sy tp sy xmau bebankan mereka dgn sewa yg agak mahal. InsyAllah ayah, sekira niat kita baik, semua akan dipermudahkan-Nya. amin. dan teramat berharap lar kan rumah sewa tu nanti seperti dalam gambar rajah di bawah ini ye Cik Siti NurAin. (curlast ko jah!!)
Jd Cik Siti NurAin, kita akan jd housemate xlama lg.insyAllah. hopefully jgn ada sengketa ya.jika ada kurangnya nnt kau tegur la aku dan aku harap klo aku tgur ko,ko trima la..tp aku tau teguran tu mesti berhemahkan kan kan,hehee...i know u lar and i know u know i too 
..(OUH My ENGLISHH!!)..

Assalamulaikum.

HUH! AKAUN BARU LAGI?!? ~.^ (FB) :D

Assalamualaikum..Hai 1 Malaysia..

sekali lagi pada tanggal 1 Jun 2012, kerajinan menguasai diri saya utk mengPost lagi satu entry...idok ler istimewa kemananyer pun, stakat berkongsi buat teman2 pengemar Blogger...ececehhhh...

jika entry pertama pd hari ini, sdikit suntikan keinsafan buat diri saya sendiri dan insyAllah smpai ke lubuk hati teman2 semua tetapi utk kali ini saya hendak berkongsi tentang permulaan akaun


FACEBOOKKKKK BARUUU SAYAAA!!!
"knp tulisan besar? O.o....."




ouh xde mcm ni, akaun lama tu mengalami kerosakan dari segi
"emel + password = tak tau cara nak perbetulkan"
jadi utk tidak serabutkan kepala otak saya yang sudah berpetak cuti sem yg terlalu lama jadi rakan2 menyarankan "heyy...kau buat jelar facebook baru"...mula2 agak keberatan utk membuat akaun baru bukan apa takut di salah anggap tetapi bila di fikirkan secara positif dan dalam masa sama utk melakukan perubahan ke arah yg lbh baik. jd mengambil kputusan membuat akaun baru dan sangat gigih mencari semula rakan2 yg selalu berinteraksi di alam maya ni haaa.....dan seperti bse dok "makeover"sikit apabagai....nah TARANKKKKKKKKKKK sedikit hasil bnd yg di edit2 sepetang td.....


and the lucky one became my 1st friend in my new account FB is my dearest friends
Cik Siti NurAin Othman
tq cik ain sudi mengApprove saya,kuikuikuikui...jgn sombong2 tau!! ~.^ hahahaa....

Baiklah ini merupakan facebook saya yg ketiga saya buat...facebook pertama kelupaan password sudah, jd kem salam sahaja lah, yg kedua permasalahannya sudah di ceritakan di atas (sila rajin scroll ke atas,TQ..). InsyAllah, akaun yg baru ini sy juga berniat agar menjadi yg terakhir dan juga dibuat atas dasar muhasabah diri saya juga. jadi rakan - rakan facebook lama yg masih mengingati diriku ini...cewahhhh....add facebook baru saya klo ternmpk tue bkn utk bahjet panas atau pape tp niat agar silaturrahim tidak terputus,insyallah......nah ni TARANKKKKK ni AKAUN FACEBOOK BARU SAYA :D
http://www.facebook.com/aidaroszaliselamanya

sekian sahaja pada hari ini harap kamu semua enjoy dengan cerita saya yg sekadar insan biasa yg lemah memakan mee meggi perisa kari pecah telur,meliuqqq....dan masa da time utk beradu..
ASSALAMUALAIKUM :)


Bertatih ke Dunia Baru

Assalamualaikum..Hai 1 Malaysia :)


bertatih ke dunia baru ? haaa...jgn ingat baby baru lahir je yg bertatih. kita yg dewasa ni pun bertatih lg bermaksudnya di sini bertatih ke dunia yg lbh baik. seperti sy juga msih lg bertatih untuk mencari keredhaan Illahi. MasyAllah, jika di zaman jahiliah sy dlu tak usah kate sperti remaja seangkatan sy la fesyennyer tp kini sy sedar sy perlu lakukan perubahan ke arah yg lbh rasional dan lebih tepat ke jalan yg di redhai Allah.



saya tekad melakukan perubahan dan mencari jalan yg lbh di Redhai tetapi pd awalnya hati berdetik juga,
"mcm mne dgn impian aku? apa pandangan org terhadap aku nnt? betul ke apa yg aku da buat ni? "

semua ini sbnrnya bisikan syaitan yg berlegar2 di sekitar kita. syaitan? mmg xpernah putus asa untuk memesongkan akidah cucu segala cicit Nabi Adam ni. jd kita perlu kuat dan tekad dan juga memerlukan banyak pengorbanan. jika katanya impian tu punca rezeki, insyAllah rezeki tu di tgn Allah. Jika niat kte betul, segala urusan akan di permudahkan-Nya. biar lantak pi la dgn pandangan org semua yg penting hati benar2 ikhlas berubah ke jalan Allah dan di berkati oleh-Nya. InsyaAllah.

segala perubahan ini bermula dari sy beronline setiap malam dan secara tidak langsung page ini  http://www.facebook.com/pages/Mencari-Keredhaan-Illahi/216898451666288 (Mencari Keredhaan Illahi) sedikit sebyk telah byk menyedarkan saya tentang apa itu Islam sebnrnya. jika mengaku Islam tetapi tidak tau erti sebnr, layak ke kte ni digelar Islam? nauzubillah. 

page ini byk menerangkan ttg aurat, akidah, solat dll perkara yg membuat saya tersentuh dan kini sy rasa lbh tenang dgn mendekatkan diri dengan Allah tp saya sedar byk lg perkara yg perlu diperbaiki. bukan mudah untuk perubah setlh 20tahun dgn zmn jahiliah dlu, ye idok? kini saya berada di tahap bertatih lagi tidak sempurna dan ingat manusia tidak ada yg sempurna selain dari PenciptaNya dan ingat dgn ketidak sempurnaan itu kte perlu bersyukur dgn kelebihan yg telah di anugerahkan oleh-Nya.

entry kali ini bukanlah utk menunjuk ttg perubahan diri saya tetapi hanya utk berkongsi sedikit keinsafan yg mula mekar dalam hati ini. dalam setiap hati manusia pasti mahu melakukan perubahan tetapi tiada siapa yg dpt ubah diri kita melainkan diri kita sdiri dan paling penting tekad dan niat. sekiranya niatnya baik, baiklah balasannya. Janji Allah tidak pernah bohong.

semoga dgn perubahan ini, mjdkan diri saya lbh matang dan tidak akan menoleh ke blkang lg dan wahai sedara seumat islam ku panjatkan lah doa buat diriku agar aku tidak lalai dengan suruhan-Nya,Amin. sekiranya pada mereka yg saya kenali melihat diri saya di luar kawalan tegur la sy secara berhemah, sy akan terima teguran kalian semua.mohon maaf sekiranya saya tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi kini ini lah "diri aku. dari saya. diri sendiri." yg lbh redha meniti ke jalan Allah. Alhamdulilah, keluarga saya dan rakan - rakan terdekat menerima perubahan saya ini.

"melangkah la kita terus kehadapan. jika dulu penuah onak duri menjalani kehidupan yang penuh dengan dosa, cari lah jalan menuju kepada-Nya. Allah sentiasa membuka pintu taubat buat umatnya dan ingat setiap ujian yang di terima, menunjukkan Allah masih menyayangi kita."